Friday, 13 February 2015

Diet Atkins; Pengenalan Ringkas

Diet Atkin (DA) merupakan sejenis bentuk diet yang diperkenalkan oleh Robert Coleman Atkins, seorang ahli nutrisi dari Amerika. Menurut sumber yang diperolehi daripada wikipedia, Dr Atkins telah menggunakan teknik ini bagi menyelesaikan masalah menurunkan badannya sendiri. Setelah berjaya, beliau telah mempopularkan kaedah ini di dalam siri-siri buku nya sendiri seperti Dr. Atkins' Diet Revolution pada tahun 1972, Dr. Atkins' New Diet Revolution (2002) dan seterusnya.

Secara mudahnya DA menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan dengan mengehadkan pengambilan karbohidrat sehari (bergantung kepada fasa-fasa tertentu) dan membanyakkan makanan daripada sumber protein.

Terdapat 4 fasa utama di dalam DA yang boleh diringkaskan kepada 4 Fasa utama seperti di lampira di bawah;


Tidak dapat dinafikan Fasa 1 (Induction) adalah fasa yang sangat kritikal kerana di sini akan menentukan kejayaan anda untuk menurunkan berat badan dan meneruskan fasa-fasa seterusnya. Tapi percayalah tiada yang mustahil ! Jom buktikan !

Sekadar makluman, induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan mengikut kesesuaian atau keadaan kesihatan dan  berat badan anda. 

Antara nota penting semasa Fasa 1 - Induction:


1.) Elakkan sumber karbo utama seperti nasi, mi, mihun, laksa, laksam, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan semua makanan bergandum seperti roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan 
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc)
6.) Elakkan makanan rapu seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Anda juga boleh mendapatkan sokongan dan panduan lebih lanjut di Kelab Diet Atkins Malaysia,  blog bro Bicikut dan Kelab Diet Low Carb II.

0 comments:

Post a Comment