Saturday, 14 February 2015

Bagaimana Aku Mula Berdiet Atkins

Seingat aku, aku mula tertarik untuk mengenali DA selepas pulang dari kampung pada bulan Disember 2014 yang lalu. Biasalah apabila pulang ke kampung. Masakan bonda yang tidak pernah terkalah itu menjadikan berat badanku naik mencanak. Ketika kali terkakhir aku menimbang berat badan, aku terkejut. Wah, 82 kg ! Ini sudah lebih!

Bayangkan dengan dengan berat 82 kg, tinggi 172 cm, dan saiz pinggang 35.5, maka secara kiraan Body Mass Index (BMI) aku adalah seperti di bawah;


Aku sudah termasuk dalam statistik orang berlebihan berat badan di Malaysia! Arghhh! Aku memang mengenali diriku di mana berat badan aku berpotensi untuk naik lebih tinggi jika tidak dibendung. Jadi, sebelum masuk ke fasa obese, aku bertekad untuk melakukan sesuatu.
Aku mula mencari maklumat berkaitan diet yang sesuai dengan diri aku di internet. Entah bagaimana aku dipertemukan dengan DA. Aku mula mencari maklumat bacaan lanjut dan akhirnya menemui support group di facebook. Makan tapi kurus. Wah, ini sudah menarik!

Maka, tanggal 19 Disember 2014  bermulah perjalanan misi peribadiku yang aku namakan Misi BMI Sihat #misibmisihat. Aku bertekad ingin mencapai BMI sehingga fasa normal weight.

Insyallah, inilah sasaran peribadiku;


Berusahalah !

0 comments:

Post a Comment