Bagi anda yang mahu memulakan DA ini, aku ingin kongsikan 4 tip penting sebelum memulakan diet. Tip-tip ini bagi memastikan kita sentiasa fokus dalam berdiet.
1. Mempunyai MATLAMAT YANG JELAS mengapa mahu berdiet
Ini bermakna anda bukan hanya sekadar ikut-ikut kawan, bermusim dan sebagainya. Anda melakukan DA ini untuk mencapai berat badan yang unggul demi kesihatan dan masa depan anda sendiri.
2. Mempunyai MATLAMAT yang REALISTIK dan MAMPU DICAPAI mengikut situasi anda
Katakan berat permulaan anda adalah 100 kg. Jadi, anda meletakkan target untuk turun dalam masa sebulan sebanyak 20 kg. Bermakna seminggu anda perlu hilang 4 kg. Adakah ini mampu dicapai oleh anda? Jika anda aktif bersukan dan berdisiplin mungkin mampu dicapai. Tapi jika tidak, mampukah? Tidak sedikit yang meletakkan sasaran yang terlalu tinggi sehingga sukar untuk dicapai. Lama kelamaan mereka menjadi putus asa dan meneruskan hidup seperti biasa.
Jadi, point yang aku ingin tekankan di sini adalah meletakkan target yang sesuai. Contohnya cukup untuk target hilang 1-2 kg seminggu. Jika berlaku penurunan lebih dari itu, anggaplah suatu bonus. Pengalaman aku sendiri turun 3 kg dalam masa 3 hari permulaan DA. Selepas itu penurunan agak standard. 1-2 kg seminggu.
3. BERMAKLUMAT & BERILMU
Ilmu adalah pelita hidup. Dengan ilmu kita mampu berjaya dengan izin Allah swt. Carilah maklumat yang lengkap tentang DA, do's and dont's, dan sebagainya agar tak berbabas. Sebelum bertanya orang lain, study dulu perkara berkaitan dan jika tidak faham barulah bertanya kepada otai-otai DA.
Pengalaman di Kelab Diet Atkins Malaysia yang sekarang mempunyai ahli hampir 200k, kadang-kadang ada newbie yang tiba-tiba post "Salam, saya newbie. Boleh jelaskan pasal Diet Atkins tak". Ataupun post gambar lunch yang terang-terang ada makanan yang diharamkan untuk diambil (terutama semasa Fasa 1) dengan pertanyaan, "Lulus tak lunch saya nie". Jika ini berlaku, secara tidak sedar anda telah memberikan satu interpretasi kepada orang lain bahawa anda sendiri tidak faham apa yang anda sedang lakukan dan hanya sekadar mengikut secara membabi buta. Kebarangkalian untuk gagal juga adalah tinggi di sini.

Jadi, pointnya adalah Iqra, Read dan Baca !
4. Mempunyai SUPPORT GROUP yang baik
Ini juga sangat membantu dalam berDA. Seperti yang disebut antara rujukan utama aku adalah Kelab Diet Atkins Malaysia, Blog Bicikut, Blog Sis Badariah dan Kelab Low Carb Diet II, dan pakcik Google. Tentu sekali akan ada ketikanya kita berasa down, nak cheat sepanjang berdiet. Namun, dengan support group yang baik, kita akan mampu bangkit kembali, insyallah.

Jadi, tunggu apa lagi? Jika bukan hari ini, bila lagi? Jom Kurus dan Sihat !
0 comments:
Post a Comment