Inilah makanan rutinku untuk bersarapan sepanjang berDA. Tanpa jemu setiap hari. Telur goyang yang dicampur bersama kubis dan ditabur bersama bilis goreng di atas. Timun sebagai hiasan dan semestinya bersama mayonis Kewpie botol merah yang lazat. Tiada dalam gambar adalah segelas teh hijau.
Sunday, 22 February 2015
Saturday, 21 February 2015
4 Tips Mengatasi Sembelit Ketika Berdiet Atkins
(Gambar diambil dari sini)
Seperti yang telah aku nukilkan di posting yang lalu, masalah sembelit kadang kala berlaku kepada Atkiners yang baru memulakan diet ini. Masalah sembelit ini pastinya agak merengsakan. Masakan tidak jika sebelum berDA aku boleh membuang air dengan aman, tiba-tiba apabila mengamalkan DA sistem pembuangan menjadi agak sukar terutama pada permulaan DA.
Ada banyak petua yang dikongsikan oleh rakan-rakan Atkiners di FB group Kelab Diet Atkins Malaysia. Apapun, aku hanya menyenaraikan 4 tips yang boleh diamalkan seperti berikut;
1. Minum air kosong yang mencukupi
Ini adalah sangat penting! Pastikan anda meminum air yang mencukupi mengikut berat badan anda. Yang disarankan adalah 1 Liter air untuk 25 KG.
Untuk 1 KG berat, maka 0.04 Liter air diperlukan. Katakan berat anda adalah 98 KG, maka,
98 KG x 0.04 Liter = 3.92 Liter
Jadi, di sini anda memerlukan minimum 3.92 Liter (~ 4 Liter) air sehari.
2. Minum teh hijau
Setiap kali selepas makan, anda boleh mengamalkan minum teh hijau. Ada perlbagai jenama teh hijau di pasaran. Aku memilih teh hijau jenama boh (harga RM9.50 di Pasaraya Econsave). Sebaiknya tidak perlu letak stevia. Minum kosong begitu sahaja.
3. Mengambil sayur-sayuran hijau
Memakan sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kangkung dan lain-lain.
4. Makan Psyllium Husk
(Gambar diambil dari sini)
Pengambilan Psyllium Husk ini adalah saranan daripada rakan-rakan Atkiners di FB group Kelab Diet Atkins Malaysia.
Itulah 4 tips yang boleh dicuba. Untuk kes sembelit aku, pada mulanya aku bercadang untuk menggunakan Psyllium Husk bagi melawaskan pembuangan najis. Namun, selepas mengamalkan tip 1 - 3 di atas, masalah sembelit aku telah pulih, Alhamdulillah.
Jika kawan-kawan Atkiners mempunyai petua-petual lain untuk mengatasi sembelit ketika berDA, boleh kongsikan di bahagian komen untuk manfaat kita bersama ya.
Thursday, 19 February 2015
Ada Sinar Di Ufuk Langit
Jangan berputus asa di dalam berusaha kerana di tengah mendung langit, pasti ada sinar di penghujungnya.
Cause Allah is always by your side ~ Maher Zain
Aku Ada Diari Atkins
Ketika memulakan DA pada tanggal 19 Disember 2014 yang lalu, aku telah membuat diari Atkins versi diri aku sendiri. Tujuan aku membuat diari ini adalah untuk memantau perkembangan penurunan dan keadaan badan aku. Maklumlah, DA ini adalah benda baru kepada aku. Jadi, aku ingin melihat bagaimana reaksi badan aku terhadap diet ini.
Di sini aku letakkan contoh diari yang telah aku buat. Ya, aku hanya sempat menulis selama 11 hari dan seterusnya aku hanya tulis dalam kepala. Maksudnya aku sudah boleh mengagak dan memahami bagaimana tindak balas badan aku terhadap DA ini. Apa pun dalam masa 11 hari ini sangat penting bagi aku terutama untuk memantau survival DA aku serta perkembangan perkumuhan aku.
Mari kita lihat diari tersebut;
Di antara gejala yang mungkin dialami semasa permulaan berDA adalah sembelit. Jadi, dengan penghasilan diari ini aku mampu untuk memantau perkumuhan terutama semasa hari-hari permulaan DA. Semasa 4 hari permualaan DA aku hadapi sedikit masalah sembelit. Namun, selepas itu keadaan kembali normal, Alhamdulilah. Aku akan kongsikan di entri lain bagaimana aku atasi masalah sembelit ini, Insyallah.
Di dalam diari ini juga, aku letakkan juga ruangan pengambilan air, senaman, perkumuhan (kuantiti dan warna tinja) dan cheat. Siap ada cheat pada hari kesembilan disebabkan ada kawan lama yang sudah lama tidak bertemu ajak makan tengahari sama-sama. Ish,ish.
Apa pun diharapkan anda akan dapat sedikit manfaat daripada diari buatan sendiri ini. Untuk makluman, di FB Kelab Diet Atkins Malaysia juga mempunyai diari yang boleh dimuat turun dan dicetak bagi tujuan ini.
Mari sihat bersama DA!
Sunday, 15 February 2015
Sokongan Moral Di Kala Berdiet Atkins
Tidak dapat dinafikan sokongan daripada orang anda percaya di dalam berdiet turut merupakan salah satu faktor penting. Bagi diriku, aku bertuah kerana isteri tersayang, Mrs S, memberikan sokongan sepenuhnya di dalam aktiviti DA aku ini. Walaupun beliau tidak mengikuti DA sebelum ini, tetapi isteriku sanggup memasak makanan-makanan yang dikategorikan sebagai lulus DA untukku dan turut sama menjamah makanan yang sama. Cuma beberapa hari ini, my lovely wife pun sudah mula mengikuti DA. Ini bukan kerana beliau overweight atau obes, tetapi kerana kami ada misi lain. Hehe. Apa pun, terima kasih banyak-banyak buat isteriku yang tercinta dan I Heart U very much!
Jadi, kita anda ada suami/isteri/teman rapat/ahli keluarga yang boleh dikongsi bersama-sama impian dan cita-cita anda untuk kurus dan fit melalui DA, maka kongsilah impian tersebut bersama mereka. Dengan sokongan dan galakan daripada insan-insan tersayang, Insyallah, kejayaan akan lebih dekat untuk digapai.
4 Tips Penting Sebelum Memulakan Diet Atkins
Bagi anda yang mahu memulakan DA ini, aku ingin kongsikan 4 tip penting sebelum memulakan diet. Tip-tip ini bagi memastikan kita sentiasa fokus dalam berdiet.
1. Mempunyai MATLAMAT YANG JELAS mengapa mahu berdiet
Ini bermakna anda bukan hanya sekadar ikut-ikut kawan, bermusim dan sebagainya. Anda melakukan DA ini untuk mencapai berat badan yang unggul demi kesihatan dan masa depan anda sendiri.
1. Mempunyai MATLAMAT YANG JELAS mengapa mahu berdiet
Ini bermakna anda bukan hanya sekadar ikut-ikut kawan, bermusim dan sebagainya. Anda melakukan DA ini untuk mencapai berat badan yang unggul demi kesihatan dan masa depan anda sendiri.
Saturday, 14 February 2015
Bagaimana Aku Mula Berdiet Atkins
Seingat aku, aku mula tertarik untuk mengenali DA selepas pulang dari kampung pada bulan Disember 2014 yang lalu. Biasalah apabila pulang ke kampung. Masakan bonda yang tidak pernah terkalah itu menjadikan berat badanku naik mencanak. Ketika kali terkakhir aku menimbang berat badan, aku terkejut. Wah, 82 kg ! Ini sudah lebih!
Bayangkan dengan dengan berat 82 kg, tinggi 172 cm, dan saiz pinggang 35.5, maka secara kiraan Body Mass Index (BMI) aku adalah seperti di bawah;
Aku sudah termasuk dalam statistik orang berlebihan berat badan di Malaysia! Arghhh! Aku memang mengenali diriku di mana berat badan aku berpotensi untuk naik lebih tinggi jika tidak dibendung. Jadi, sebelum masuk ke fasa obese, aku bertekad untuk melakukan sesuatu.
Friday, 13 February 2015
Diet Atkins; Pengenalan Ringkas
Diet Atkin (DA) merupakan sejenis bentuk diet yang diperkenalkan oleh Robert Coleman Atkins, seorang ahli nutrisi dari Amerika. Menurut sumber yang diperolehi daripada wikipedia, Dr Atkins telah menggunakan teknik ini bagi menyelesaikan masalah menurunkan badannya sendiri. Setelah berjaya, beliau telah mempopularkan kaedah ini di dalam siri-siri buku nya sendiri seperti Dr. Atkins' Diet Revolution pada tahun 1972, Dr. Atkins' New Diet Revolution (2002) dan seterusnya.
Secara mudahnya DA menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan dengan mengehadkan pengambilan karbohidrat sehari (bergantung kepada fasa-fasa tertentu) dan membanyakkan makanan daripada sumber protein.
Terdapat 4 fasa utama di dalam DA yang boleh diringkaskan kepada 4 Fasa utama seperti di lampira di bawah;
Tidak dapat dinafikan Fasa 1 (Induction) adalah fasa yang sangat kritikal kerana di sini akan menentukan kejayaan anda untuk menurunkan berat badan dan meneruskan fasa-fasa seterusnya. Tapi percayalah tiada yang mustahil ! Jom buktikan !
Thursday, 12 February 2015
Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931 - 2015)
Tanggal 12 Feb 2015. Hari kesedihan buat seluruh rakyat Malaysia. Tokoh yang menjadi sanjungan ramai ini pulang menemui Pencipta setelah menyelesaikan perjuangan beliau. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman di syurga.
Mutiara nasihatmu akan selamanya bersemadi di ingatan kami
Wednesday, 11 February 2015
Salam Pembuka Bicara dan Disclaimer
Assalamulaikum wbt dan Salam sejahtera.
Selamat datang ke
blog Low Carbonista yang dimiliki oleh Mr K. Sesuai dengan namanya, blog ini adalah berkisar mengenai
perjalananku untuk mengurangkan berat
badan melalui diet rendah karbohidrat (low carb) atau Diet Atkin (DA) dan perkara-perkara lain yang aku rasakan ingin dikongsi bersama yang tidak berkaitan dengan low carb tetapi turut menumbang ke arah pembentukan diri yang lebih baik dan memberi pengajaran..
Apa yang aku
coretkan di sini berkaitan DA adalah sekadar pengalaman peribadi setelah beberapa bulan mengamalkan
DA ini. Aku bukanlah seorang pakar bertauliah atau certified trainer. Hanya seorang insan yang telah dan sedang menjalani DA demi mencapai diri yang sihat dan fit. Apa yang baik ambillah jadikan sebagai panduan dan apa yang kurang baik
jadikan sebagai sempadan. Apa-apa pun konsep blog ini adalah DAYOR - “Diet at your own risk”. Pihakku
tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini
sekiranya anda mengikuti apa yang terkandung di dalam blog ini.
Diharapkan agar anda yang membaca blog ini akan mendapat manfaat yang sewajarnya, insyallah. Selamat membaca dan berdiet!